Sabtu, Julai 30, 2011

SUKANEKA PASTI AL-FALAH 1

SEMALAM, Jumaat 29 Julai 2011 Cikgu Siti Zaharah dan Cikgu Rahimah telah mengadakan sukaneka untuk murid-murid Pasti Al-Falah 1. Semua murid 4 hingga 6 tahun terlibat. Menurut cikgu-cikgu tersebut, mereka sengaja mengadakan sukaneka bagi menceriakan murid-murid memandangkan minggu depan dah puasa.

Antara acara yang dipertandingkan macam biasalah bila ada sukaneka.. iaitu bawa bola ping pong guna sudu, tiup belon sampai pecah, pecahkan belon di kaki kawan dan tarik tangan (sebab tali tak ada.. haha). Apa-apa hal pun memang seronok la budak-budak tu!

Ada pun sukaneka tu dibuat di taman permainan kanak-kanak Jalan Nangka, Taman Kota Jaya.. tak jauhlah daripada Pasti. Acara bermula kira-kira pukul 8 pagi dan selesai pukul 9.30 pagi. Berpeluh jugak la ketiak masing-masing. Lepas sukaneka, cikgu-cikgu dan murid-murid semua menjamu selera di Pasti. Jamuan disediakan oleh Cikgu Rahimah.. terima kasih banyak cikgu!

Selesai makan-makan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. penyampaian hadiah! Selain daripada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, semua murid yang hadir semalam dapat cenderahati.. terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Rahimah di atas inisiatif beliau menaja dan membeli hadiah-hadiah tersebut. Murah rezeki cikgu. Macam biasa la entri kalau tak ada gambar tak best.. maka dengan ini dilampirkan beberapa gambar yang sempat diambil sempena sukaneka Pasti Al-Falah 1 semalam.. sekian adanya.


Acara apa ntah.. lupa lak


Acara tarik tangan.. nasib baik tak putus


Acara lompat atas tilam.. haa yang ni tak ada hadiah


Suka-suka tiup belon.. haha


Berbaris sebelum balik ke kelas


Baca doa sebelum makan


Acara makan-makan


Penyampaian hadiah.. yang kat bawah tu pun sama