Isnin, Februari 20, 2012

MAJLIS sambutan Maulidur Rasul Pasti Kawasan Kota Tinggi telah diadakan pada hari Jumaat, 17 Februari lalu bertempat di Taman Kota Jaya. Seramai 60 orang murid dan 5 orang guru dari Pasti Al-Falah 1 dan Pasti Al-Falah 2 terlibat menjayakan majlis tersebut.

Acara bermula kira-kira pukul 8 pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di taman permainan berhampiran Pasti Al-Falah 1 sebelum berarak sambil berselawat menuju ke premis Pasti.

Setelah itu, Adik Aina Nabilah binti Sofian diberi penghormatan untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Ya Rasulullah". Persembahan nasyid oleh murid-murid lelaki dan perempuan turut diadakan selain tayangan video animasi yang mengisahkan perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam.

Pada majlis itu juga, seramai 8 orang murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari turut diraikan hari kelahiran mereka. Seterusnya, kesemua murid dan guru menjamu selera dengan hidangan kek dan nasi briani.

Acara yang sederhana tapi meriah itu berakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Berkumpul di taman permainan

Membaca doa

Perarakan dimulakan



Deklamasi sajak oleh Adik Aina Nabiha

Persembahan nasyid oleh murid2 perempuan

Persembahan nasyid oleh murid2 lelaki

Murid2 yg sambut hari lahir

Eh! Nak makan pun kena bersilat dulu?









Dari kiri: Cikgu Rahimah, Cikgu Yati, Cikgu Sakinah,
Cikgu Siti & Cikgu Aidah