Rabu, Ogos 24, 2011

KURSUS PERUNDING TEKNIK AL-BAGHDADI

PADA 13 dan 14 Ogos lalu, admin telah berkesempatan mengikuti kursus perunding Teknik Al-Baghdadi bertempat di Jati Inn, Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Kursus telah dikendalikan oleh pengasas teknik Al-Baghdadi sendiri, iaitu YBhg Al-Fadhil Ustaz Jalaluddin bin Hasanuddin.













Selasa, Ogos 02, 2011

HARI KONVOKESYEN GURU PASTI & MESYUARAT AGUNG MGPNJ 2011

Majlis Konvokesyen Guru Pasti Johor dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Pasti (MGP) Negeri Johor telah diadakan di Dewan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Taman Sri Lambak (T6), Kluang pada 31 Julai lalu.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kaiat. Guru-guru Pasti dari seluruh negeri Johor yang telah tamat Kursus Perguruan Pasti sesi 2009/2010 telah menerima sijil masing-masing daripada Pengarah Pasti Negeri Johor, Saudara Mahadzir Mat Zilli. Salah seorang guru yang telah berjaya menamatkan kursus ialah Puan Enayati Haji Kasmuri dari Pasti Al-Falah 2, Taman Hijrah.

Upacara konvokesyen berakhir kira-kira jam 1.00 petang, diikuti dengan jamuan makan tengahari. Mesyuarat Agung MGP pula berlangsung kira-kira jam 2.00 petang. Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.00 petang.


Para penerima sijil bergambar bersama Ketua DPPNJ, Pengarah Pasti Johor dan barisan pimpinan MGPNJ




Dari kiri: Cikgu Siti, Cikgu Kam, Cikgu Sutinah dan Cikgu Enayati


Hj. Zainal, SU Pasti Tenggara bergambar bersama keluarga


Para VIP sedang menikmati jamuan tengahari






Gerai-gerai jualan yang ada (ni gerai Cikgu Siti)

Sabtu, Julai 30, 2011

SUKANEKA PASTI AL-FALAH 1

SEMALAM, Jumaat 29 Julai 2011 Cikgu Siti Zaharah dan Cikgu Rahimah telah mengadakan sukaneka untuk murid-murid Pasti Al-Falah 1. Semua murid 4 hingga 6 tahun terlibat. Menurut cikgu-cikgu tersebut, mereka sengaja mengadakan sukaneka bagi menceriakan murid-murid memandangkan minggu depan dah puasa.

Antara acara yang dipertandingkan macam biasalah bila ada sukaneka.. iaitu bawa bola ping pong guna sudu, tiup belon sampai pecah, pecahkan belon di kaki kawan dan tarik tangan (sebab tali tak ada.. haha). Apa-apa hal pun memang seronok la budak-budak tu!

Ada pun sukaneka tu dibuat di taman permainan kanak-kanak Jalan Nangka, Taman Kota Jaya.. tak jauhlah daripada Pasti. Acara bermula kira-kira pukul 8 pagi dan selesai pukul 9.30 pagi. Berpeluh jugak la ketiak masing-masing. Lepas sukaneka, cikgu-cikgu dan murid-murid semua menjamu selera di Pasti. Jamuan disediakan oleh Cikgu Rahimah.. terima kasih banyak cikgu!

Selesai makan-makan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. penyampaian hadiah! Selain daripada pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan, semua murid yang hadir semalam dapat cenderahati.. terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Rahimah di atas inisiatif beliau menaja dan membeli hadiah-hadiah tersebut. Murah rezeki cikgu. Macam biasa la entri kalau tak ada gambar tak best.. maka dengan ini dilampirkan beberapa gambar yang sempat diambil sempena sukaneka Pasti Al-Falah 1 semalam.. sekian adanya.


Acara apa ntah.. lupa lak


Acara tarik tangan.. nasib baik tak putus


Acara lompat atas tilam.. haa yang ni tak ada hadiah


Suka-suka tiup belon.. haha


Berbaris sebelum balik ke kelas


Baca doa sebelum makan


Acara makan-makan


Penyampaian hadiah.. yang kat bawah tu pun sama












Khamis, Jun 23, 2011

Rabu, Jun 22, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BERIKUT ialah murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam peperiksaan pertengahan tahun PASTI Kawasan Kota Tinggi baru-baru ini.

PASTI AL-FALAH 1

Kelas 5 Tahun
1. Adik Muhammad Afiq Najmi bin Ismail
2. Adik Aina Nabihah binti Sofian
3. Adik Muhammad Harez Hazman bin Ahmad Hashim

Kelas 6 Tahun
1. Adik Syahir Husaini bin Yusaimi
2. Adik Ammar Muallim bin Md. Faizal
3. Adik Nur Yasmeen Nasihin binti Mohd. Rizal

PASTI AL-FALAH 2

Kelas 5 Tahun
1. Adik Wan Nuraqilah binti Wan Rusdi
2. Adik Muhammad Haziq Amran bin Mohd. Shahrizal
3. Adik Muhammad Haziq Zikry bin Zahir

Kelas 6 Tahun
1. Adik Muhammad Hasanuddeen bin Hamim
2. Adik Ainul Nabilah binti Mazlizon
3. Adik Muhammad Muqrin bin Mohd. Nizam

Tahniah diucapkan kepada murid-murid berkenaan.