Isnin, Februari 20, 2012

MAJLIS sambutan Maulidur Rasul Pasti Kawasan Kota Tinggi telah diadakan pada hari Jumaat, 17 Februari lalu bertempat di Taman Kota Jaya. Seramai 60 orang murid dan 5 orang guru dari Pasti Al-Falah 1 dan Pasti Al-Falah 2 terlibat menjayakan majlis tersebut.

Acara bermula kira-kira pukul 8 pagi dengan semua murid dan guru berkumpul di taman permainan berhampiran Pasti Al-Falah 1 sebelum berarak sambil berselawat menuju ke premis Pasti.

Setelah itu, Adik Aina Nabilah binti Sofian diberi penghormatan untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Ya Rasulullah". Persembahan nasyid oleh murid-murid lelaki dan perempuan turut diadakan selain tayangan video animasi yang mengisahkan perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam.

Pada majlis itu juga, seramai 8 orang murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari turut diraikan hari kelahiran mereka. Seterusnya, kesemua murid dan guru menjamu selera dengan hidangan kek dan nasi briani.

Acara yang sederhana tapi meriah itu berakhir kira-kira pukul 11 pagi.

Berkumpul di taman permainan

Membaca doa

Perarakan dimulakan



Deklamasi sajak oleh Adik Aina Nabiha

Persembahan nasyid oleh murid2 perempuan

Persembahan nasyid oleh murid2 lelaki

Murid2 yg sambut hari lahir

Eh! Nak makan pun kena bersilat dulu?









Dari kiri: Cikgu Rahimah, Cikgu Yati, Cikgu Sakinah,
Cikgu Siti & Cikgu Aidah

Rabu, November 16, 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI KAWASAN KOTA TINGGI

HARI Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan Kota Tinggi kali ke-11 telah diadakan pada hari Sabtu, 12 November lalu, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Agama (Arab) Kota Tinggi. Majlis yang bermula kira-kira jam 2 petang itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Mohd. Azli bin Jopri, Setiausaha Pas Kawasan Pengerang.

Seramai 65 orang murid dari Pasti Al-Falah 1, Taman Kota Jaya dan Pasti Al-Falah 2, Taman Hijrah telah diraikan pada majlis ini yang dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Haironnizam bin Pungot. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat Kursi oleh Adik Muhammad Luth Hafiz bin Haji Mohd. Yusof dan terjemahannya oleh Adik Fakhruddin bin Yahya.

Selesai ucapan pengerusi Pasti Kawasan Kota Tinggi dan ucapan perasmian oleh tetamu jemputan, para hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid dan deklamasi sajak daripada murid-murid Pasti Al-Falah 1 dan Al-Falah 2. Acara cabutan bertuah juga turut diadakan.

Antara anugerah yang diberikan kepada murid-murid ialah tempat pertama hingga ketiga (5 dan 6 tahun), pencapaian terbaik setiap matapelajaran (6 tahun sahaja), pelajar cemerlang 5 dan 6 tahun, hadiah tabungan terbanyak (5 dan 6 tahun) serta anugerah khas murid 4 tahun terbaik. Di samping itu, semua murid menerima cenderahati dan juga sijil.

Anugerah Murid Cemerlang bagi kategori 5 tahun dimenangi oleh Adik Muhammad Najmi bin Ismail dari Pasti Al-Falah 1 manakala bagi kategori 6 tahun pula dimenangi oleh Adik Muhammad Hasanuddeen bin Hamim dari Pasti Al-falah 2. 

Ahli Jawatankuasa Program Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti Kawasan Kota Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa, idea dan wang ringgit demi menjayakan majlis ini khususnya kepada para guru, ibu bapa dan tak lupa juga kepada tetamu jemputan, Encik Mohd Azli yang telah sudi meluangkan masa bagi merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada murid-murid.



Jumaat, September 09, 2011

JAMUAN HARI RAYA PASTI AL-FALAH 1

PADA 7 September lalu, satu majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Pasti Al-Falah 1, Taman Kota Jaya. Murid-murid telah diminta memakai baju raya dan membawa juadah raya masing-masing. Kegembiraan jelah terpancar di wajah semua murid yang hadir apabila dapat bergambar bersama di samping bertukar-tukar juadah yang dibawa.

Murid-murid yang bakal menyertai pertandingan nasyid pada program Alam Ria Pasti Johor Ahad ini turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu 'Perjuangan' dan 'Insya-Allah'.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis jamuan tersebut.







Rabu, Ogos 24, 2011

KURSUS PERUNDING TEKNIK AL-BAGHDADI

PADA 13 dan 14 Ogos lalu, admin telah berkesempatan mengikuti kursus perunding Teknik Al-Baghdadi bertempat di Jati Inn, Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Kursus telah dikendalikan oleh pengasas teknik Al-Baghdadi sendiri, iaitu YBhg Al-Fadhil Ustaz Jalaluddin bin Hasanuddin.













Selasa, Ogos 02, 2011

HARI KONVOKESYEN GURU PASTI & MESYUARAT AGUNG MGPNJ 2011

Majlis Konvokesyen Guru Pasti Johor dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Pasti (MGP) Negeri Johor telah diadakan di Dewan Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Taman Sri Lambak (T6), Kluang pada 31 Julai lalu.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Saudara Suhaizan Kaiat. Guru-guru Pasti dari seluruh negeri Johor yang telah tamat Kursus Perguruan Pasti sesi 2009/2010 telah menerima sijil masing-masing daripada Pengarah Pasti Negeri Johor, Saudara Mahadzir Mat Zilli. Salah seorang guru yang telah berjaya menamatkan kursus ialah Puan Enayati Haji Kasmuri dari Pasti Al-Falah 2, Taman Hijrah.

Upacara konvokesyen berakhir kira-kira jam 1.00 petang, diikuti dengan jamuan makan tengahari. Mesyuarat Agung MGP pula berlangsung kira-kira jam 2.00 petang. Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.00 petang.


Para penerima sijil bergambar bersama Ketua DPPNJ, Pengarah Pasti Johor dan barisan pimpinan MGPNJ




Dari kiri: Cikgu Siti, Cikgu Kam, Cikgu Sutinah dan Cikgu Enayati


Hj. Zainal, SU Pasti Tenggara bergambar bersama keluarga


Para VIP sedang menikmati jamuan tengahari






Gerai-gerai jualan yang ada (ni gerai Cikgu Siti)