Khamis, Mac 19, 2009

Kursus Tahap 1, Tahap 3 & K4T di AKLI

PASTI Kawasan Kota Tinggi telah menempa sejarah apabila menjadi tuan rumah bagi Kursus Tahap 1, Tahap 3 dan K4T (Kurikulum 4 Tahun) Negeri Johor bertempat di Akademi Kemahiran dan Latihan Insan (AKLI), dahulunya dikenali sebagai Johor Craft dan EPA Training Center pada 14 Mac hingga 16 Mac lalu.

Kursus ini dikendalikan oleh 9 orang guru pakar dari Unit Latihan Perguruan, Majlis Guru Pasti Negeri Johor (MGPNJ) dengan Cikgu Kamsiah Hassan menjadi pengarah program. Ketua Guru Pasti Kawasan Kota Tinggi, Cikgu Siti Zaharah Othman turut dilantik menganggotai Jawatankuasa program.

Seramai 72 orang guru Pasti dari seluruh negeri Johor telah mengikuti kursus ini iaitu Tahap 1 (37 orang), Tahap 3 (23 orang) dan K4T (12 orang).

Di antara pengisian program ialah Kuliah Maghrib dan Subuh, ceramah motivasi, aktiviti riadah, micro-teaching dan qiamullail. Para penceramah pula antara lain terdiri daripada Saudara Mazlan Aliman, Ust. Zaifiddin (Timb. Pengarah 4, Pasti Johor), Ust. Mazlan, Ust. Anam, Cikgu Halim (Guru Pasti Mersing) dan Pengarah Pasti Johor, Tn. Hj. Mohzit.

Secara keseluruhannya, kursus ini dikira berjaya dan rata-rata peserta kursus menyatakan rasa puas hati malah ada yang mencadangkan agar kursus atau program Pasti Johor diadakan di AKLI lagi pada masa-masa akan datang. Insya-Allah, kami warga Pasti Kota Tinggi bersedia untuk menjadi tuan rumah sekali lagi sekiranya diberi amanah dan kepercayaan, kerana bagi kami ia merupakan satu penghormatan.


Sdra. Mazlan Aliman sedang menyampaikan ceramah motivasi. Duduk di sebelah ialah isteri beliau, Pn. Hatijah


Para peserta kursus tekun mendengar ceramah Sdra. Mazlan


Cikgu Sutinah (kiri) dan Cikgu Kamsiah - orang² kuat MGPNJ


Tim. Pengarah (4) Pasti Johor, Ust. Zaifiddin sdg. berceramah


Murid² Pasti yg terpilih utk aktiviti micro-teaching


Sesi micro-teaching sdg dijalankan.. murid² teruja, guru berdebar


Cikgu Zalahah (Kak Zai) sdg menyampaikan kuliah K4T


Otai² MGPNJ - Dari kiri: Cikgu Hasmah, Cikgu Norlin & Cikgu Zaliha (Umiha)


Cikgu Halim dari Mersing - satu²nya guru Pasti lelaki di negeri Johor


Begitu bersemangat Cikgu Halim menyampaikan ceramah, otai la katakan..


Pengarah Pasti Johor, Tn. Hj. Mohzit. Tengok apa tu? Blog Pasti Kota Tinggi ke?


Dah puas dgr kuliah & baca nota, masa utk jwb soalan pulak


Salah seorg ustaz jemputan sdg memberi kuliah maghrib


Saya (admin blog ni) bersama isteri tercinta (Cikgu Siti Zaharah)


Cikgu Umi (kiri) dan Cikgu Hana (tengah) ditugaskan di sudut jualan


Mari! Mari Mari! Belilah barangan Tok Guru!


Buku log yang baru diperkenalkan


Tn. Hj. Mohzit 'dikerumuni' para serikandi. Peserta kursus Tahap 1


Peserta kursus Tahap 3


Peserta kursus K4T


Pengarah Pasti Negeri Johor bersama para AJK program. 'Control macho' gitu..


Apa agaknya celoteh Tn. Hj. Mohzit yg mencuit hati

dan akhir sekali...

Lagu yang 'tangkap syahdu' dinyanyikan oleh AJK program