Jumaat, Mac 13, 2009

Amal Jama'ie



KLIP video di atas mungkin melucukan dan mungkin juga menyedihkan. Lucu kerana ianya tak masuk akal, menyedihkan jika benar ada manusia diperlakukan sedemikian rupa. Namun, apa pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya?

Cuba perhatikan, apabila cahaya yang terpancar daripada gigi seorang hamba abdi dapat menerangi meja makan raja manakala cahaya daripada gigi hamba-hamba abdi yang lain akhirnya dapat menerangi istana, taman, kolam renang malah seluruh bandar tersebut.. apakah maksud yang tersirat?

Itulah dia yang dikatakan amal jama'ie atau kerja berpasukan (team work). Amal jama'ie ini jika diaplikasikan oleh seluruh warga Pasti, Insya-Allah Pasti akan berjaya mencapai visi dan misinya.

Jika seorang guru Pasti di satu tempat memberikan komitmen yang tinggi di tempat kerjanya - mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya dengan akhlak Islam dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat sekitar, bayangkan kesannya jika ia dilakukan oleh seluruh guru dan warga Pasti di seluruh negara.

Cahaya yang terpancar dari gigi hamba-hamba abdi dalam tayangan video di atas bolehlah diumpakan sebagai ilmu yang disampaikan oleh guru-guru Pasti. Jika cahaya dari gigi hamba-hamba abdi itu dapat menerangi seluruh bandar dalam klip video itu, maka didikan serta asuhan yang disampaikan oleh guru-guru Pasti di seluruh Malaysia dengan berpedomankan Al-Quran dan As-Sunnah Insya-Allah akan dapat menerangi jiwa generasi pewaris tanahair yang tercinta ini.