Isnin, Mac 30, 2009

Bengkel Pemantapan Huraian Sukatan Pelajaran 5 Tahun

JABATAN Pasti Pusat telah mengadakan Bengkel Pemantapan Huraian Sukatan Pelajaran 5 Tahun bagi Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Upacara perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pasti Melaka, Cikgu Rosman. Beliau mewakili Pengarah Pasti Melaka yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pasti Pusat, Cikgu Abd. Kadir Dewa yang tidak dapat hadir kerana tugas rasmi di Sarawak.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini diadakan khusus untuk memberi latihan dan pemahaman kepada guru-guru Pasti yang mengajar kelas 5 Tahun tentang sukatan pelajaran 5 Tahun yang baru. Seramai lebih kurang 150 orang guru Pasti dari ketiga-tiga negeri menghadiri kursus ini dengan negeri Johor menghantar paling ramai peserta iaitu 61 orang, dua daripadanya dari Kawasan Kota Tinggi iaitu Cikgu Siti Zaharah dan Cikgu Aidah.

Para peserta bengkel amat bertuah kerana mendapat penerangan tentang setiap mata pelajaran daripada penulis buku-buku berkenaan sendiri, antara lain Pn. Khairiah (Bahasa Melayu), Pn. Rosmawati Md. Ayob (Matematik), Pn. Hjh. Fatimah Ali (Peribadi Muslim) dan Pn. Hjh. Sharimah Syaari (Bahasa Arab). Dengan demikian, segala kekeliruan dan ketidakfahaman tentang isi kandungan buku-buku tersebut telah terungkai dan terjawab.

Pada hari terakhir bengkel, Ketua Pengarah Pasti Pusat, Cikgu Azrin Abd. Majid telah merasmikan upacara penutup dan menyampaikan sijil kepada semua peserta melalui wakil setiap negeri.

Kami warga Pasti negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah, Pasti negeri Melaka kerana menyediakan tempat yang begitu selesa dan layanan yang begitu mesra.

Sesungguhnya, kenangan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi tidak mudah dilupakan kerana setelah bengkel tamat, kami tidak melepaskan peluang melawat tempat melihat anak bulan dan melihat pameran tentang angkasa lepas di planetarium.



Pemandangan di pelantar melihat anak bulan


Subhanallah! Indah sungguh panorama Selat Melaka


Cikgu Aidah: "Awak nampak tak anak bulan?"
Cikgu Siti: "Mana ada.. bendera bulan nampak la"


Para peserta bengkel menyanyikan lagu Pasti dlm sesi 'ice-breaking'.


Antara barangan Tok Guru dan produk Pasti Johor yang dijual


T-Shirt muslimah mendapat sambutan yang amat menggalakkan


Suasana di dewan kuliah yang begitu selesa


Ketua Pengarah Pasti Pusat, Cikgu Azrin Abd. Majid


Cikgu Azrin bersama 2 org ALP Pasti Melaka


Wakil guru Pasti Johor, Cikgu Azizah Alimat menerima sijil dpd Cikgu Azrin