AHLAN wasahlan, marhaban ya marhaban. Bulan Ramadhan datang kembali. Bulan yang Allah SWT hadiahkan khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk diberikan keampunan, diberikan penghormatan dengan pelbagai darjat asal sahaja manusia mahu petuah segala perintah-Nya sepanjang Ramadhan, di mana Allah SWT yang mengatur tentatif program di dalamnya.
Bulan yang dijanjikan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka. Sebab itulah Nabi SAW berpesan dalam hadinya yang panjuang antara perkara yang sangat-sangat dituntut kepada kita untuk dilakukan sepanjang Ramadhan ialah:
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Bulan yang dijanjikan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka. Sebab itulah Nabi SAW berpesan dalam hadinya yang panjuang antara perkara yang sangat-sangat dituntut kepada kita untuk dilakukan sepanjang Ramadhan ialah:
- Mesti memohon redha Allah dengan menguatkan tauhid dan keyakinan beriman dengan Allah. Sesungguhnya dalam setiap saat kehidupan kita mesti memerlukan Allah SWT sentiasa di sisi kerana tanpa-Nya kehidupan kita di dunia ini adalah sia-sia belaka.
- Mesti banyakkan istighfar - Bulan Ramadhan, pintu keampunan dibuka seluas-luasnya. Banyakkanlah menangisi dosa dengan memohon ampun sungguh-sungguh kepada Allah. Mari kita menghitung diri dan ahli keluarga yang Allah amanahkan kita menjaganya, apakah telah sempurna pelaksanaan agama terhadap mereka kita tunaikan.
- Mesti memohon supaya dapat syurga Allah - Kita mesti meminta sungguh-sungguh untuk dapat menjadi ahli syurga. Caranya dengan berusaha gigih mencontohi segala apa yang Nabi SAW lakukan. Sesungguhnya jaminan Allah kepada sesiapa yang mencontohi kekasih-Nya pasti syurga. Dialah idola, dialah ikon yang wajib kita contohi sebagai pelengkap syarat beriman kepada Allah - beriman kepada Rasul.
- Mesti meminta sungguh-sungguh dilindungi dari api neraka - minta Allah pimpin hati kita dalam mengekang nafsu daripada berterusan berbuat jahat. Tanamkan azam dalam diri supaya mencapai sifar dosa kerana kita tidak tahu berapa lama lagi umur kita di atas dunia ini.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.